Learning Program Extended ialah program pembelajaran dan mentoring swing trading jangka panjang oleh NotaSaham untuk membantu anda memahami setup, market structure, entry, exit, risk management dan proses membuat keputusan dengan lebih berdikari.
Berbeza dengan kelas sekali lalu, peserta akan melalui proses pembelajaran dan bimbingan secara berterusan supaya dapat melihat bagaimana ilmu diaplikasikan mengikut keadaan market sebenar.
Sebelum ini dikenali sebagai Swing Circle. Kini kembali dengan struktur yang lebih tersusun dan komprehensif.
Learning Program NotaSaham disusun untuk membantu peserta belajar swing trading secara lebih tersusun, bermula daripada memahami setup, membaca pergerakan market, merancang entry dan exit, hingga mengurus risiko dengan lebih baik.
Pendaftaran Learning Program Extended akan ditutup pada 10 Ogos 2026, jam 11:59 malam (Waktu Malaysia).
Bermula Sejak 2023
Learning Program NotaSaham bukan program baru yang baru nak berjalan. Program ini telah bermula sejak 2023 dan kini disusun semula dalam format Learning Program Extended 2026 / 2027 dengan struktur pembelajaran yang lebih kemas, tempoh yang lebih panjang dan pendekatan yang lebih praktikal.
Untuk peserta yang mahu belajar secara konsisten dalam tempoh 6 bulan atau setahun serta menikmati yuran yang lebih berbaloi.
Lihat Pakej ExtendedUntuk peserta yang mahu mencuba dahulu atau belajar secara lebih fleksibel dengan bayaran bulanan.
Lihat Pakej MonthlyLearning Program Extended ialah program mentoring swing trading jangka panjang yang direka untuk membantu peserta belajar, mempraktikkan dan memperbaiki kemahiran trading secara berperingkat.
“Extended” bermaksud peserta bukan sekadar belajar teori atau menghadiri satu kelas, tetapi mengikuti proses pembelajaran dan mentoring dalam tempoh berbulan-bulan.
Sepanjang program, peserta akan dibimbing melalui perkongsian nota, perbincangan setup, pemerhatian market semasa dan contoh-contoh praktikal supaya lebih memahami proses membuat keputusan seorang swing trader.
Matlamatnya ialah membantu peserta membina kefahaman, pengalaman dan keyakinan sehingga mampu membuat keputusan trading dengan lebih tersusun dan berdikari.
Program ini bukan berbentuk sesi Zoom. Pembelajaran dijalankan melalui perkongsian nota-nota penting dalam channel Telegram, khusus berkaitan trading setup, market structure, entry, exit dan risk management.
Selain itu, peserta juga akan dibawa berbincang secara praktikal berdasarkan contoh market semasa supaya lebih mudah faham bagaimana sesuatu setup dinilai sebelum membuat keputusan.
Fokus program ini bukan sekadar hafal setup, tetapi membantu peserta memahami proses berfikir seorang swing trader dengan lebih tersusun, realistik dan berdikari.
Antara pembaharuan yang dibuat dalam Learning Program kali ini ialah penyediaan portal khas untuk nota-nota trading.
Portal ini diwujudkan bagi memudahkan peserta mengakses, membaca dan merujuk semula nota pembelajaran dengan lebih tersusun di satu tempat. Dengan adanya portal khas ini, proses pembelajaran diharapkan menjadi lebih mudah, kemas dan sistematik, tanpa perlu mencari semula nota yang telah dikongsikan sebelum ini.
NotaSaham menekankan pembelajaran yang membantu peserta memahami logik di sebalik sesuatu setup supaya mereka lebih jelas dalam membuat keputusan trading.
Join sekali sahaja dan jimat lebih 30% berbanding bayaran bulanan.
Swing trading perlukan masa. Program ini direka untuk pembelajaran yang lebih realistik, bukan sekadar kelas sekali lalu.
Fokus kepada teknik swing trading yang mudah faham, praktikal dan sesuai untuk diaplikasikan dalam market sebenar.
Perkongsian setup hampir setiap hari untuk membantu peserta belajar melihat peluang, struktur chart dan cara membuat penilaian.
Bukan sekadar diberikan nota atau setup. Peserta mengikuti proses mentoring secara berterusan untuk membantu memahami market, menilai setup dan memperbaiki proses trading dari semasa ke semasa.
Program sebelum ini telah menerima maklum balas yang baik daripada peserta. InsyaAllah program ini dapat membantu peserta belajar dengan lebih tersusun.
Dilengkapi dengan sistem alert yang canggih dan real-time untuk membantu peserta mengkaji kaunter-kaunter berpotensi.
Ini bukan sekadar kelas trading. Ini adalah program pembelajaran dan mentoring jangka panjang untuk membantu anda berkembang sebagai seorang swing trader.
Antara maklum balas peserta yang pernah mengikuti program NotaSaham sebelum ini.
Swipe ke kanan/kiri atau tekan anak panah untuk lihat lebih banyak testimoni.
Lagi testimoni peserta
Klik pada gambar untuk besarkan.
Assalamualaikum Ustaz .. sepanjang berada dalam grup Swing Circle ini banyak perkara baru yang saya belajar dan sangat bermanfaat untuk perjalanan trading saya yang masih di peringkat permulaan: • tambahbaik performance trading saya • belajar apply setup2 untuk swing trading • memahami screener mudah untuk aplikasi dalam trading • emosi lebih terkawal • money management lebih terurus
Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah ditemukan Ustaz semasa saya struggle dlm lautan saham tahun lps. Ilmu TA dan ketepatan membaca chart telah byk saya pelajari. Alhamdulillah, manisan profit diperolehi secara disiplin dan tidak beremosi. Terima kasih sekali lagi pd ustaz atas kesabaran membimbing dan tidak kedekut ilmu. Moga Ustaz halalkan segala perkongsian ilmu. Saya doakan semoga rezeki kita semua terus diberkati dan dipermudahkan segala urusan.. am yra 🤲
Alhamdulillah. Usaha ustaz ini sangat baik sekali. Banyak saya belajar walaupun agak lambat sikit pickup, maklumlah warga pencen. Walaupun sangat jarang saya berikan maklumbalas tapi saya tetap ikuti sesi dan input dari ustaz dan rakan-rakan lain. Secara keseluruhan saya rasa apa yang ustaz usahakan dan kongsikan sesuai dengan saya. Saya cuba untuk ikuti dan buat seperti yang ustaz ajar. Memang agak sukar bila berdepan dengan emosi nak buat keputusan walaupun dah tau jalannya. Apa pun jika ada lanjutan untuk circle ini, saya akan sertai kembali. Terima kasih atas tunjuk ajar ustaz dalam bidang ni, semoga Allah membalas dengan kebaikan yang lebih baik dunia dan akhirat. Dan semoga Allah menjaga kita dari perkara yang salah dan berkati segala usaha kita.
Swing circle ni very supportive di mana ada guide dan advice dari coach dan kawan kawan lain di dalam group yang mempunyai pengalaman di dalam trading. Support tu sangat penting dalam trading sebab kalau sorang2 akan terlampau ikut emosi. Sangat berbaloi untuk join swing circle ni! Banyak nota yang berguna!
Feedback ini adalah berdasarkan feedback sebenar dan bukan rekaan.
Masih ada soalan tentang program? Boleh hubungi admin dahulu sebelum daftar.
Setiap pakej mempunyai button pendaftaran tersendiri. Pilih yang paling sesuai dengan objektif pembelajaran anda.
Pendaftaran Learning Program Extended akan ditutup pada 10 Ogos 2026, jam 11:59 malam (Waktu Malaysia).
Bursa + US Market
Fokus kepada Bursa Malaysia
Fokus kepada US Market
Pendaftaran Learning Program Monthly akan ditutup pada setiap 5 hari bulan, jam 11:59 malam.
Learning Program Monthly sesuai untuk peserta yang mahu bayar secara bulanan dan mula belajar dengan lebih fleksibel. Pilih pakej yang berkaitan dengan market yang anda mahu fokus dan tekan butang di bawah untuk mendaftar.
Fokus kepada Bursa Malaysia
Pendaftaran Learning Program Monthly akan ditutup pada setiap 5 hari bulan untuk bulan tersebut.
Daftar SekarangAkses Bursa + US Market
Sesuai untuk peserta yang mahu akses kepada kedua-dua market secara bulanan.
Daftar SekarangFokus kepada US Market
Pendaftaran Learning Program Monthly akan ditutup pada setiap 5 hari bulan untuk bulan tersebut.
Daftar SekarangFokus utama program ini ialah pembelajaran, kefahaman setup dan proses membuat keputusan dalam trading. Semua keputusan jual beli adalah tanggungjawab peserta sendiri.
Membantu peserta menjadi trader yang lebih berdikari, lebih faham setup dan lebih tersusun dalam membuat keputusan.
| Aspek | Monthly | Extended |
|---|---|---|
| Tempoh pembelajaran | Bulanan | 6 bulan atau setahun |
| Kos | RM90 untuk Bursa/US, RM130 untuk Combo | Jimat lebih 30% |
| Fokus | Fleksibel | Lebih sesuai untuk pembelajaran jangka panjang |
| Learning curve | Ikut bulan semasa | Lebih banyak masa untuk follow market dan improve skill |
| Sesuai untuk | Yang mahu cuba dahulu | Yang serius mahu belajar secara konsisten |
Sertai Learning Program Extended 2026/2027 dan bina kefahaman swing trading secara lebih realistik, konsisten dan berdikari.
Masih ada soalan tentang program? Boleh hubungi admin dahulu sebelum daftar.